Tuesday, October 11, 2011

Agama Yahudi : Dahulu Dan Kini(Part I)

Assalamualaikum, apa khabar semua,


Sebagai renungan bersama saja, kali ani ana membawa satu ruangan khas mengenai Ugama yang telah lama wujud di dunia iaitu agama Yahudi, untuk mengetahuinya... well di bawah ani tah saja terangkan...


Enjoy ye..


Sejarah Bangsa Yahudi


Yahudi menurut asal adalah berasal dari bangsa Israel iaitu Yuda, jika di dalam buku Dr Ahmad Shalaby (AgamaYahudi), sejarah Yahudi ini berasal daripada Nabi Yakub yang berpindah daripada Qana'an (Palestin) mencari tempat yang subur untuk mencari nafkah harian mereka, kerana di Qanaah tidak lagi subur pada tanah mereka. Lalu mereka , mereka di beri penghormatan oleh Raja Firaun pada masa itu untuk menetap di Negeri Mesir untuk menjalani kehidupan mereka


Sejak beberapa tahun, penduduk Mesir berasa curiga akan kemantapan kehidupan orang Yahudi yang begitu maju dalam pertanian dan perniagaan, sehinggakan kerajaan Mesir di pelopori oleh orang Yahudi. Dengan berlakunya sedikit pertempuran antara orang Mesir dan Yahudi, maka orang Yahudi keluar daripada kota mesir berpindah ke Qana'an. Dengan ada Nabi Musa menjadi ketua rombongan mereka dengan di ajar dengan ajaran kitab Taurat, orang Yahudi taat melaksanakan perintah Nabi Musa. Dari gurun Sinai ke tempat berhampiran satu bukit di mana boleh melihat kota Qana'an, mereka tersesat seketika, di mana umat Nabi Musa ketika itu menyembah Lembu Emas bernama Samiirii yang kononnya membawa keuntungan. Bahkan Allah telah melaknat mereka selama 40 malam berturut didalam kesesatan di kawasan lembah Sahara.


Dalam masa yang sama Nabi Musa terpaksa berulang alik dari Gurun Sinai ke bukit Tursina untu melihat kota Qana'an, tetapi beliau tidaksampai hati untuk meninggalkan umatnya semata-mata untuk membaiki pulih aqidah mereka. Akan tetapi beliau wafat di tempat itu juga dengan melihat umat bani Israel sudah jauh terpesong daripada ajaran Taurat yang sebenar.


(bersambung)

No comments: